Kedah2U.com Forum
Kedah2U.com Forum
Home | Profile | Register | Active Topics | Members | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
 All Forums
 Kedah2U Forum
 Melangsingkan Badan :: Produk Terbaik & Selamat
 Menambah berat badan
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author  Topic Next Topic  

inaimerah

Malaysia
1 Posts

Posted - 10/06/2007 :  08:16:20  Show Profile  Send inaimerah a Yahoo! Message  Reply with Quote
Salam sejahtera untuk anda semua.Saya ingin bertanya pada anda semua tentang satu perkara.Begini,seringkali kita mendengar produk dan cara untuk mengurus serta melangsingkan badan dan produk seperti ini amat mudah didapati dipasaran.Bagaimana pula halnya pada mereka yang ingin menambah berat badan seperti saya? Terlalu sukar untuk mendapatkannya selain dari "susu weight gain".Bolihkan anda cadangkan produk dan senaman yang bagaimana sesuai untuk diamalkan.Segala bantuan dan nasihat dari anda semua amatlah saya hargai.Terima kasih.

setiap masaalah pasti ada jln penyelesaian

admin

Malaysia
56 Posts

Posted - 10/07/2007 :  09:35:12  Show Profile  Reply with Quote
Terima kasih di atas pertanyaan puan.
Bagus pertanyaan puan ini kerana hal ini jarang diperkatakan.
Berat badan unggul adalah jisim badan seseorang yang mestilah bersesuaian dengan ketinggiannya. Jika berlebihan atau berkurangan, akan menjejaskan keseimbangan postur tubuh & pergerakan anggota kita. Oleh itu, janganlah terlalu taksub untuk menjadi kurus padahal kita telah melangkaui minima berat yang bersesuaian dengan ketinggian badan.

Selain daripada susu weight gain, terdapat beberapa produk yang telah dijual sebelum itu seperti ubat gemuk - tradisional, penambah berat badan - tradisional, susu bina badan - moden dll, tetapi yang dikomersilkan melalui iklan media massa hanyalah weight gain. Pada awal susu weight gain diperkenalkan, harganya RM50+ untuk 1kg, memang mahal juga untuk menaikkan berat badan. Saya tidak pasti berapa harganya sekarang.

Di samping itu, terdapat beberapa petua tradisional, tips, produk tradisional & moden yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk menambah berat badan.

1. Mengambil buih yang terhasil semasa nasi sedang mendidih. Dimasukkan ke dalam cawan serta ditambah gula. Kemudian minum ramuan tersebut.
Tetapi petua ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan periuk untuk memasak nasi bukan rice cooker. Dan berdasarkan kandungan zat bahan yang digunakan iaitu pati nasi serta gula, pengamalnya akan menghadapi risiko menghidap penyakit kencing manis yang tinggi atau tinggi kandungan gula dalam darah.

2. Amalkan pengambilan kacang soya dan makanan yang tinggi kandungan protein setiap hari dan jika boleh dalam setiap menu yang diambil. Protein berfungsi untuk membakar kandungan lemak dalam badan tetapi pada masa yang sama, ia menggalakkan penambahan jisim otot. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan cepat, banyakkan aktiviti senaman dan perpeluhan setiap hari jika mengamalkan tips ini.

4. Keseimbangan dalam tubuh kita perlu dijaga dengan mandapatkan rehat yang secukupnya setiap hari dan waktu tidur yang cukup. Tidur yang paling baik adalah selepas waktu solat Isya hingga jam 12 tengah malam. Elakkan tidur pada waktu yang lewat daripada waktu tersebut dan waktu sebaiknya untuk bangun pagi adalah pada jam 5 pagi. Jika ada urusan pada waktu malam, cuba jadualkannya kepada waktu pagi. Dengan ini, kita berpeluang mendirikan Solat Sunat Tahajjud dan mandi pada awal pagi ( mandi pada awal pagi lebih-lebih lagi pada jam 5 pagi, banyak kelebihannya untuk kesihatan badan )

3. Berdasarkan teknologi moden pula, produk Bio Spray telah terbukti berjaya membantu keseimbangan sistem badan manusia, termasuk menambah berat badan bagi yang terlalu kurus. Maklumat lanjut tentang produk ini boleh didapati di http://kedah2u.com/product_details.asp?id=10

Dan terdapat beberapa tips lagi yang saya kurang pasti. InsyaAllah, jika ada apa-apa maklumat, saya akan paparkan lagi di sini.

Sekian, terima kasih



Muhammad Kedah2U
Go to Top of Page

wawa

1 Posts

Posted - 08/19/2009 :  20:37:50  Show Profile  Send wawa a Yahoo! Message  Reply with Quote
sebenarnya..menambahkan berat badan bg yg kurus memang agak susah...
bukan setakat kene makan agak byk...tapi kene bersenam jugak...bersenam tak semestinya untuk bakar lemak je....nak besarkan badan pun kene bersenam..kalau lelaki senang sket...main gym..amik supplement weigh gainer...boleh tambah 10kg dalam sebulan (ini yg terjadi kepada kwn saya-lelaki).tp pompuan pun boleh main gym...jgn angkat besi yg berat2...ringan2 je...

makan protein mcm telur dan dada ayam kalau xnak amik supplement.insyaallah boleh naik berat badan..






Go to Top of Page
   Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Kedah2U.com Forum © 19Global Trading. All Rights Reserved. Go To Top Of Page
This page was generated in 0.03 seconds. Snitz Forums 2000