Description:
Koleksi Kisah Seram yang Benar-Benar Berlaku (klik sini)
Antara masalah yang kerap ditangani beliau :
- Membuang semua jenis susuk yang ditanam pada badan atau muka
- Keharmonian rumah tangga, persepakatan suami isteri atau bermadu
- Merawat santau angin, santau makanan dan lain-lain jenis santau
- Membuat air tawar utk penyakit campak, cacar air (chicken pork)
- Memohon pertukaran tempat kerja, tukar suka sama suka
- Air penerang hati untuk menghadapi ujian atau peperiksaan
- Anak malas belajar, degil dan tidak mahu mendengar nasihat
- Demam dalaman, demam tak kebah, karam air - loghat kedah
- Menuntut hutang (pemiutang) drp yg enggan membayar hutang
- Ketagihan (gian) dadah, hidu gam, minuman keras (arak) dll
- Terkena lintasan, sakit berkenaan lintasan – maghrib / subuh
- Putus cinta, melupakan kekasih-buah hati, curang, khianat dll
- Membuang saka-hantu belaan, hantu raya, pelesit, polong, toyol dll
- dan pelbagai masalah lagi yang berjaya diikhtiarkan dgn izin Allah swt
Firman Allah swt di dalam Al-Quran tentang perbuatan Sihir :
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) ; kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat : Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata : Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. ( Surah Al-Baqarah, Ayat 102 )
Perbezaan Bomoh dengan Pakar Perubatan Islam
Saya memohon maaf kerana menggunakan tajuk Bomoh/Dukun untuk perkhidmatan ini. Sebenarnya bomoh, dukun, pawang atau pakar perubatan Islam, adalah merupakan perkara yang sama dari segi memberi bantuan kepada mereka yang bermasalah. Cuma yang berbeza adalah kaedah yang digunakan samada mengikut atau bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi pada persepsi masyarakat masakini, bomoh / pawang / dukun dengan mudah dianggap sebagai menyalahi agama atau syirik. Padahal, ada di antara mereka memang mengamalkan kaedah yang dibenarkan dalam Islam.
Perubatan tradisional dengan kaedah Islam
Majoriti daripada masyarakat sekarang menganggap berubat dengan bantuan bomoh, dukun atau pawang adalah tahyul, menipu dan mengarut. Adakah ini benar ? Seperti jawatan lain juga, contohnya : penjahat pun suka menyamar sebagai polis untuk mengambil kesempatan. Dan bagaimana pula dengan bomoh patah, bomoh tolak hujan, bidan kampung yang telah dikenali sejak dahulu. Adakah semuanya penipu atau tahyul ? Bagi saya, kita boleh berikhtiar dengan pelbagai cara asalkan tidak menyimpang daripada kaedah Islam dan dengan meyakini bahawa Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Ingatlah, kadang-kadang urusan kita akan dimakbulkan melalui doa orang yang lain. Wallahu'aqlam
Telah dipantau dan disyorkan oleh saya sendiri - Muhammad Kedah2U
Saya memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat ramai daripada pelanggan-pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan saya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, saya mencadangkan tuan/puan yang ingin mendapatkan bantuan secara kerohanian, untuk berjumpa dengan Pak Long Non. Walaupun beliau merupakan kenalan rapat saya, tetapi saya telah memantau kaedah perubatan yang diamalkan oleh beliau melebihi 1 tahun dan ternyata ianya tidak menyimpang daripada hukum-hakam agama Islam. Malahan, beliau juga banyak mengamalkan ilmu-ilmu daripada kitab-kitab perubatan islam yang saya amalkan. Semoga permasalahan tuan/puan dapat dibantu oleh beliau dengan izin Allah swt.
MAKLUMAN : Pak Long Non tidak mengubat pesakit sepanjang bulan Ramadhan
Testimoni pesakit yang berubat dengan Pak Long Non
Saya telah menyemak sendiri Buku Pendaftaran yang beliau disediakan untuk daftar pesakit atau sesiapa yang menghadapi masalah semasa berjumpa beliau. Terkejut saya pada kali pertama menatap buku tersebut kerana pelbagai masalah yang tidak terlintas di fikiran saya, tercatat dalam buku tersebut.
Selama ini, saya sangka seorang bomoh atau pakar perubatan tradisional hanya menyesaikan kes-kes seperti gangguan makhluk halus, merawat penyakit misteri, mengubati santau dll. Saya sendiri pun hanya pernah membantu orang dalam masalah menghalau hantu, orang kena rasuk, air penerang hati ( peperiksaan, temuduga ) , menyediakan azimat diri, pelaris perniagaan, azimat murah rezeki untuk rumah dll.
Tetapi dalam Buku Pendaftaran Pak Long Non, terdapat banyak hal yang pelik bagi saya. Antaranya (maaf, saya guna bahasa Kedah) bini lari ikut jantan lain,isteri hilang, pasangan main kayu tiga / berubah hati, laki lari ikut pompuan lain, tunang lari ikut lelaki lain, anak lari dari rumah, anak malas belajar, orang tanam benda dekat rumah / kedai, orang pekena perniagaan pasai dengki,orang tabur garam depan kedai / rumah, tak tenteram dok di rumah-anak-anak & suami tak mesra walaupun kaya raya, orang hutang tak mau bayar, orang curi barang-mintak pulangkan balik barang curi,jual tumah & tanah tak laku pasai orang buat & macam-macam ada.
Tidak perlulah saya paparkan di sini maklumat mereka kerana ini boleh mengaibkan. Tetapi para pengunjung yang datang dari seluruh Malaysia itu, ternyata berpuas hati dan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan bantuan Pak Long Non. Maha Suci Allah, tidak sia-sia bagi mereka yang memohon pertolongan kepada Nya.
Kisah Benar - Pesaing Yang Dengki & Mengenakan Sihir Pada Premis
Cerita ini benar-benar berlaku yang saya perolehi daripada pelanggan yang datang berubat dengan Pak Long Non. Oleh kerana ia tidak mengaibkan, saya sedia menceritakannya dan harap ia dapat dijadikan panduan kepada tuan/puan terutamanya para peniaga.
Pemilik sebuah premis menjual makanan dan minuman di sebelah Sekolah Sultanah Bahiyah, Alor Star sedang rancak perniagaanya kerana meraih jumlah pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai-kedai yang lain. Boleh dikatakan setiap hari kedai Kak Ani yang diusahakan bersama anaknya, dipenuhi pelanggan dan keutungan harian yang diperolehinya juga agak lumayan. Saya belum pernah merasa masakan Kak Ani , tetapi besar kemungkinannya resepi yang digunakan oleh Kak Ani agak istimewa sehinggakan ramai pelanggan yang berpuas hati setelah menjamu selera di warung mereka.
Namun langit tidak selalu cerah, sejak kebelakangan ini ramai pelanggan yang merungut tentang masakan kedai itu. Macam-macam diperkatakan, masakan mereka berbau, tampak berbuih dan rasanya tidak menyelerakan seperti biasa. Pada mulanya, Kak Ani dan anaknya menyangkakan yang ada orang sengaja ingin menabur fitnah dan sengaja mereka cerita.
Hinggalah pada suatu hari, seorang pelanggan tetap mereka mengadu tentang kuah gulai yang disediakan telah berbuih. Kak Ani dan anaknya kehairanan dan kelihatan agak bingung. Macammana boleh basi pulak ? gulai tu baru saja lepas masak. Dok panas-panas lagi . Berdasarkan logik akal, mustahil masakan yang baru diangkat daripada api dapur boleh menjadi berbuih. Tetapi selepas peristiwa itu, banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada premis Kak Ani.
Setelah mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang dikenali, Kak Ani dimaklumkan bahawa perniagaannya mungkin telah disihir oleh orang yang busuk hati terhadap kemajuan kedai mereka. Salah seorang daripada mereka menasihatkan Kak Ani supaya berikhtiar dengan berjumpa Pak Long Non. Oleh kerana kebuntuan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian serta ingin mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku di premis mereka, Kak Ani pun datang berjumpa dengan Pak Long Non di Pokok Sena.
Setelah Pak Long Non mendengar cerita daripada Kak Ani, beliau pun mula bersolat dan memohon doa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olek Kak Ani dan anaknya. Setelah hampir suku jam, Pak Long Non keluar dan bertanyakan samada pernah ada seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli makanan dengan menghulurkan wang kertas lima ringgit. Dan apabila hendak dipulangkan baki tersebut, pelanggan itu menolaknya dan terus pergi. Kak Ani mengakui yang memang ada peniaga dari salah sebuah kedai di situ juga yang datang membeli satu bungkus Nasi Ayam dengan tidak mengambil balik baki daripada wang kertas 5 ringgit yang diberinya.
Pak Long Non mengatakan, besar kemungkinannya orang tersebut telah mengenakan sihir dengan wang kertas RM5 tersebut supaya perniagaan mereka menjadi lingkup. dan bankrup. Pak Long Non juga memberitahu bahawa ilmu hitam telah dijampi pada wang RM 5 tersebut dan syaitan yang menjadi penunggu duit tersebut akan terus tinggal di premis Kak Ani untuk membuat khianat pada perniagaan mereka. Orang itu juga akan datang lagi selepas ini dengan melakukan perkara yang sama dan Pak Long Non menasihatkan agar Kak Ani tidak menerima wang kertas RM5 yang akan diberinya nanti.
Setelah beberapa hari, memang benar terjadi seperti yang dijangkakan oleh Pak Long Non. Peniaga yang berjiran beberapa buah kedai daripada gerai Kak Ani, datang lagi untuk membeli Nasi Ayam. Kak Ani terkejut kerana wang kertas RM5 juga digunakan untuk membuat bayaran oleh orang itu dengan tidak mahu mengambil bakinya. Kak Ani menahan sabar dan mengingatkan pesan Pak Long Non supaya tidak mengambil wang RM 5 tersebut. Tak payah bayar la, Nasi Ayam ni saya kira sedekah. Ambik la balik duit tu, saya tak mau, ujar Kak Ani menahan kemarahannya. Setelah mendengar sindiran daripada Kak Ani, jiran niaganya terus pucat mukanya, seakan tidak berdarah. Tampak jelas perubahan wajahnya seperi orang yang telah melakukan kesalahan. Orang itu terus berlalu tanpa mengatakan apa-apa.
Kini, dengan kuasa Allah swt, warung makanan Kak Ani kembali laris malah semakin banyak pelanggan yang berkunjung berbanding dahulu. Manakala peniaga yang disyaki mengenakan sihir dengan menggunakan wang kertas lima ringgit itu telah tutup perniagaannya kerana mengalami kerugian setiap hari. Mungkin inilah balasan Allah ke atas orang-orang yang bersifat iri hati dan menggunakan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu tujuan dengan mudah.
Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran kepada kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada segala kejahatan dan lebih berhati-hati dalam bermuamalat sesama manusia.
Koleksi Kisah Seram yang Benar-Benar Berlaku (klik sini)
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Malaysia Tahun 2010
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Malaysia Tahun 2009
RUANG IKLAN PREMIUM - RM500/bulan
PORTAL IKLAN PERCUMA MALAYSIA, Mendapat Hits Tertinggi Setiap Hari
Ruang Iklan PERCUMA Malaysia, Post FREE Ads, No Registration Needed
Pembekal Ubat Kuat Lelaki Tahan Lama Bersetubuh paling laris di Malaysia
Pembekal Malaysia Vimax Original dari Kanada ( Canada )
ubat Kuat Wanita, Produk Melangsingkan Badan
Ubat Kuat Tahan Lama Bersetubuh, Zakar Tegang, Kuat, Besar & Panjang
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan 2009, Info Jawatan Kosong Kerajaan Terbaru
ubat penyakit batu karang hempedu buah pinggang ginjal
malaysia web design membina laman web
menambah ketinggian badan semulajadi tambah ketinggian
kisah seram benar, kisah seram malaysia, cerita hantu angker batu
rawatan ubat herba penyakit kencing manis tahap kronik
Perubatan Rawatan Alternatif merawat Pesakit Penghidap dijangkiti penyakit HIV Positif Aids homoeopathy
IKLAN TERKINI JAWATAN KOSONG KERAJAAN TAHUN 2010
| Nama Jabatan / Agensi | Tarikh Tutup |
| PENDIDIKAN KEDAH | 18 Ogos 2010 |
| PERBADANAN PUTRAJAYA | 28 Ogos 2010 |
Untuk Maklumat Lanjut Iklan Jawatan Kosong Kerajaan (klik sini)
|