| IklanKedah.com : Company Details |
|
| |
|
|
Rawatan Tradisional Penyakit Gout |
Company Details |
|
|
|
Rawatan Tradisional Penyakit Gout www.kencing-manis.com, 19Global Trading 05000, Alor Star, Kedah, Malaysia
| Contact Person |
: |
Azman Hj.Abdullah |
| Telephone |
: |
019-596 2718 |
| Fax |
: |
|
| Email |
: |
19tiger@gmail.com |
| Date Added |
: |
7/16/2007 |
|
|
|
Description:
Rawatan Paling Mujarab, Selamat & Semulajadi untuk Penyakit Gout
Pembekal Ubat Kuat Lelaki Tahan Lama Bersetubuh paling laris di Malaysia
Pembekal Malaysia Vimax Original dari Kanada ( Canada )
Ubat Penyakit Gout ~ Rawatan Gout Berasaskan Air Penawar
( Penawar ini juga digunakan utk Kencing Manis )
Maklumat lanjut di laman web www.kencing-manis.com
Harga Biasa : RM 60.00/botol
Harga Offer : RM 40.00/botol (jimat RM20)
Penghantaran : RM 10.00 (MY) RM20.00 (SG)
* masa penghantaran : 3 hari bekerja
* cuti - jumaat & sabtu
Maklumat Tambahan
( hanya perlu klik pada salah satu tajuk di bawah )
01. Perihal Penyakit Gout (klik sini)
02. Tanda-Tanda Penyakit Gout (klik sini)
03. Peringkat-Peringkat Penyakit Gout (klik sini)
04. Diagnosis Penyakit Gout (klik sini)
05. Rawatan Moden Penyakit Gout (klik sini)
06. Kesan Penyakit Gout kepada kulit (klik sini)
07. Sejarah Penyakit Gout (klik sini)
08. Testimoni Pengguna (klik sini)
09. Cara membuat pesanan (klik sini)
MENGHADAPI MASALAH DENGAN PENYAKIT GHOUT ?
SUKAR BERPANTANG MAKANAN KEGEMARAN ANDA ?
MUNGKIN RAWATAN ALTERNATIF INI BOLEH MEMBANTU ANDA
Kini telah ada Rawatan Berkesan untuk penyakit Gout di Kedah2U.com berupaya menghilangkan bengkak & mungkin anda tidak perlu menahan diri lagi daripada makanan kesukaan anda ( pulut, buah nangka dll )
A. Perihal Penyakit Gout
Ghout pada sendi jari kaki
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi ( monoartritis ), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Pesakit-pesakit yang menghidap ghout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
B. Tanda-Tanda Penyakit Gout
Gambaran di atas yang amat jelas menunjukkan keadaan bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala-gejala utama bagi penyakit gout
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal atau lebih dikenali sebagai "penyakit batu karang di dalam ginjal". Untuk maklumat rawatan penyakit batu karang (klik sini)
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
C. Peringkat-Peringkat Penyakit Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata :
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal ( penyakit batu karang dalam pundi kencing & saluran kencing ) boleh juga terjadi. Untuk maklumat rawatan penyakit batu karang (klik sini)
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
D. Diagnosis Penyakit Gout
Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.
Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
E. Rawatan Moden Penyakit Gout
Ubat Penahan Sakit
Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.
Kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus . NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.
Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan , tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara.
Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.
Oleh itu, Kedah2U memperkenalkan rawatan berasaskan herba akar-akar kayu tradisional yang telah terbukti Berjaya mengurangkan bengkak gout dengan cepat dan menghalangnya daripada terbentuk jika diamalkan berterusan. Malah, daripada komen pengguna-pengguna produk ini, mereka sudah boleh memakan makanan-makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau lagi dengan mengamalkan Ubat Tradisional Penyakit Gout dari Kedah2U .
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
F. Penyakit Gout Merosakkan Kulit
Kulit mungkin akan gugur, disebabkan bengkak yang berpanjangan di sekitar sendi terjejas. Ini paling ketara ketika jari-jari kaki terlibat dan mungkin akan mengakibatkan jangkitan kulat di kawasan antara jari-jari kaki jika kawasan-kawasan itu lembap.
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
G. Sejarah Penyakit Gout
Secara tradisi, gout dianggap sebagai satu penyakit yang dihidap hanya oleh mereka yang merosot akhlak serta malas, disebabkan makanan-makanan yang mengakibatkannya hanya dapat banyak dimakan oleh mereka yang kaya. Mangsa sterotaip ialah seorang lelaki pertengahan umur yang sangat gemuk serta malas dan yang makan dan minum terlalu banyak makanan berlemak serta alkohol, dengan wain port sering disebut sebagai sebab yang khusus.
Mungkin diakibatkan oleh perhubungan tradisi antara kekayaan dan kenal huruf, gout merupakan salah satu penyakit yang paling biasa dilaporkan dalam sejarah.
Galen, pakar bedah gladiator Rom, menghuraikan gout sebagai pelelehan empat humor badan pada jumlah yang tidak seimbang ke dalam sendi-sendi. Istilah bahasa Latin untuk titis (iaitu titis lelehan) ialah gutta - istilah gout berasal daripada perkataan ini.
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
H. Testimoni Pengguna
Hjh.Khusniah binti Khalid pck. , Pejabat Tanah & Galian Alor Star
Setelah dua hari mengamalkan Air Penawar ini, bengkak pada kaki akibat gout telah surut dan pulih seperti biasa. Padahal penyakit gout ini telah saya hidapi selama puluhan tahun dan sukar untuk menghilangkan bengkaknya.
Lebih menakjubkan lagi, saya sudah boleh memakan makanan pantang bagi penyakit gout seperti pulut tanpa merasa bimbang.
Lain-lain kesan yang dirasai, badan terasa semakin ringan dan saya tidak lagi kepenatan / mengah ketika menaiki tangga.
En.Mohd.Yusof, Kuala Kedah
Mohd.Yusof bin Hj.Shaari, Peniaga Ikan, Kuala Kedah
Makanan kegemaran saya adalah buah nangka. Tetapi kesan daripada memakan 2 - 3 ulas nangka akan menyebabkan saya terbaring beberapa hari dan menanggung bengkak yang menyakitkan selama sebulan atau lebih. Setiap kali saya tersilap makan walaupun sedikit ( cth. kuah mee yang mengandungi kacang panjang ), kaki saya akan bengkak hingga saya terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.
Tetapi setelah menggunakan Air Penawar ini, bengkak pada kaki saya hilang dengan cepat. Saya juga rasa lebih bertenaga semasa membuat kerja dan tidak keletihan lagi selepas bangun pada waktu pagi.
Ahmad Adam bin Jamaludin, Akauntan CIMB Alor Star
Saya mengidap ghout sejak berumur 20 tahun dan memang bermasalah jika tersilap mengambil makanan. Sehinggakan saya terpaksa mengluarkan belanja yang banyak untuk melegakan kesakitan setiap kali sakit itu menyerang.
Dengan menggunakan Air Penawar daripada Kedah2U, semua masalah saya berkaitan penyakit ini berjaya diselesaikan. Saya sekarang tidak perlu takut lagi jika tersilap makan kerana saya sentiasa meminum "penawarnya" setiap hari. Alhamdulillah ...
Diharap jasabaik daripada pengguna-pengguna produk ini agar dapat memberikan maklum balas secara e-mail kepada saya untuk dipaparkan di ruangan ini.
- Muhammad, Kedah2U
Untuk kembali ke menu di atas (klik sini)
|
|
|
|
|
|