Islam adalah ugama yang telah diturunkan oleh Allah swt
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir
kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya.
Sejak Allah swt mencipta manusia pertama (Nabi Adam a.s) dan isterinya (Hawa),
manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang
bangsa yang mengamalkan pelbagai budaya, bahasa, pakaian dan adat resam.
Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya.
Diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang manakala
rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuk Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak di Luth Mahfuz lagi, Allah swt telah meletakkan nama junjungan besar kita,
Nabi Muhammad s.a.w di sisiNya.
5 Rukun Islam
Mengucap dua kalimah syahadat
Sembahyang lima waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Mengeluarkan Zakat
Menunaikan Fardhu Haji
6 Rukun Iman
Beriman kepada Allah swt
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada dan Qadar